Roger Federer dalam laluan juara

Roger Federer dalam laluan juara

HALLE, Jerman, 18 Jun (AFP) – Roger Federer mengekalkan peluangnya bagi gelaran ke lapan di Halle apabila dia menewaskan Ernests Gulbis dari Latvia 6-3, 7-5 semalam untuk mara ke suku akhir.

Pemain berusia 33 tahun itu dan pemenang Grand Slam ke-33 diheret ke tiga set dalam pusingan sebelumnya oleh Philipp Kohlschreiber tetapi menghadapi beberapa masalah dengan Gulbis. Dia akan bertemu Florian Mayer dari Jerman, yang menewaskan Steve Johnson dari AS 6-3, 7-6 (7/4).

Federer bergurau bahawa dia berada dalam rentak yang lebih baik berbanding pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang menewaskannya dalam persaingan akhir Wimbledon.

“Ya, kerana saya telah memenangi dua perlawanan di gelanggang rumput dan dia belum menang lagi,” kata pemain dari Swtizerland itu dalam merujuk kepada keputusan Djokovic untuk tidak beraksi dalam gelanggang rumput sebelum Wimbledon.

“Ketepikan gurauan, ya, saya berharap untuk memberikan saingan. Saya berharap saya akan berada dalam kedudukan yang bagus. Saya berharap kami akan bersaing sesama sendiri (di Wimbledon).

Roger Federer mengembalikan pukulan kepada Ernests Gulbis semasa kejohanan ATP Terbuka Gerry Weber di Halle, semalam. – AFP
Roger Federer mengembalikan pukulan kepada Ernests Gulbis semasa kejohanan ATP Terbuka Gerry Weber di Halle, semalam. – AFP

“Ia bermakna kami berada dalam final dan kami sama-sama gembira dengan pertandingan itu. Tetapi kami tahu berapa panjang laluan untuk berada di sana. Saya rasa permainan kami berkesan dengan baik di atas gelanggang rumput.

“Saya percaya dengan tahun yang dimilikinya dan Wimbledon tahun lepas, dia akan menjadi pilihan, dia akan beraksi dengan baik. Segalanya pasti memberikan kejutan.”

Juara bertahan Federer mara ke final sembilan edisi Wimbledon gelanggang rumput dan menang tujuh kali.

ARTIKEL YANG SAMA