Roger Federer selar penganjur Terbuka Perancis

Roger Federer selar penganjur Terbuka Perancis

PARIS, 25 Mei (AFP) – Roger Federer menyelar penganjur Terbuka Perancis semalam selepas seorang peminat melepasi kawalan ketat dan berlari ke gelanggang untuk merakamkan ‘selfie’ bersama pemain dari Switzerland itu.

Pemenang Grand Slam 17 kali itu baru sahaja melengkapkan kemenangan rutin 6-3, 6-3, 6-4 ke atas Alejandro Falla dari Colombia dan terkejut melihat seorang peminat meluru ke arahnya di atas Gelanggang Philippe Chatrier.

Amat memalukan walaupun kawalan keselamatan pertandingan Terbuka Perancis tahun ini diperketatkan berikutan serangan maut pengganas ke atas majalah Charlie Hebdo yang berpangkalan di Pars, Januari lalu.

Walaupun seorang peminat lelaki itu segera ditahan, Federer yang berusia 33 tahun itu berang dengan kecuaian keselamatan dan mendakwa dia juga dijadikan sasaran ketika latihan Sabtu lalu.

“Saya tidak gembira dengan perkara ini. Semalam berlaku semasa latihan. Walaupun hanya seorang kanak–kanak, tetapi kemudian tiga lagi kanak–kanak datang. Dan hari ini di tengah gelanggang di mana anda merasakan ini adalah tempat di mana tidak seorang pun boleh masuk,” kata Federer.

ARTIKEL YANG SAMA