Roger jalani pembedahan

Roger jalani pembedahan

BASEL, Switzerland, 3 Feb – Tujuh belas kali juara Grand Slam, Roger Federer berjaya menjalani pembedahan pada lututnya hari ini dan akan berehat selama sebulan, kata ejennya.

Federer menjalani pembedahan untuk membaiki meniskus koyak yang dialaminya sehari selepas perlawanan separuh akhir di Terbuka Australia, menurut Tony Godsick.

Hasil daripada pembedahan, Federer kini terlepas untuk mengikuti kejohanan ATP di Rotterdam dan Dubai bulan ini.

“Saya sangat kecewa kerana terlepas menyertai perlawanan di Rotterdam dan Dubai kerana tempat berkenaan adalah dua tempat kejohanan kegemaran saya pada ATP World Tour,” kata Federer.

“Walaupun ini merupakan satu lagi tamparan malang, saya rasa bersyukur kerana sehingga sekarang saya kekal sihat sepanjang kerjaya saya. Doktor saya telah memberi jaminan kepada saya bahawa pembedahan itu berjaya dengan pemulihan yang betul, saya akan dapat kembali ke gelanggang tidak lama lagi .“

Roger Federer membuat pukulan semasa perlawanan separuh akhir menentang Novak Djokovic pada kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne. Federer tidak akan beraksi selama sebulan selepas menjalani pembedahan lutut arthroscopic di  Switzerland. – Reuters
Roger Federer membuat pukulan semasa perlawanan separuh akhir menentang Novak Djokovic pada kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne. Federer tidak akan beraksi selama sebulan selepas menjalani pembedahan lutut arthroscopic di Switzerland. – Reuters

Pemain Switzerland berusia 34 tahun itu mengalami kekalahan empat set oleh pemain Novak Djokovic di Terbuka Australia para separuh akhir, turun 6-1, 6-2, 3-6, 6-3, dalam penurunan kelapan untuk pemain Serbia dalam pertemuan 10 Grand Slam mereka.

Federer tidak pernah menewaskan pemain nombor satu dunia dalam perlawanan utama sejak Wimbledon pada separuh akhir tahun 2012, apabila dia menjuarai gelaran Grand Slam. – AFP