Rogol anak sendiri

Rogol anak sendiri

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol anak perempuannya.

Tertuduh berusia 50 tahun, yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa, didakwa merogol anaknya yang berusia 17 tahun di bilik tidur sebuah rumah di Daerah Tutong pada awal pagi Januari 2015.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh memandangkan siasatan masih dijalankan.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan tertuduh untuk ditahan reman dan menetapkan 16 September 2015 untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Zuraidah binti DP Haji Sidek.

pg06_150910_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA