Rogol: Bekas polis mengaku tidak bersalah

Rogol: Bekas polis mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Bekas anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, terhadap tiga pertuduhan merogol dua beradik di sebuah rumah di Kampung Telanai pada tahun 2007 dan 2000.

PC 4999 Mohamed Mahathir bin Mohamed Husain, 33, untuk pertuduhan pertama didakwa merogol salah seorang mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun dalam kejadian sekitar Februari 2007.

Untuk pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh juga didapati merogol seorang lagi mangsa yang ketika itu berusia tujuh tahun dalam dua kejadian berasingan pada 11 Oktober 2000, dan pada malam antara Oktober dan Disember 2000. Nama kedua-dua mangsa tidak dapat didedahkan.

Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman membenarkan ikat jamin tertuduh dilanjutkan, dan menetapkan 15 September untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA