Rogol: Budak 12 tahun mengaku tidak bersalah

Rogol: Budak 12 tahun mengaku tidak bersalah

SYDNEY, 22 Sept – Seorang budak lelaki Australia berusia 12 tahun didakwa merogol seorang budak perempuan berusia enam tahun di sebuah sekolah rendah di pantai utara Sydney, membuat pengakuan tidak bersalah.

Fairfax Media hari ini melaporkan budak lelaki itu didakwa dengan tiga pertuduhan perbuatan yang amat tidak senonoh di hadapan orang, dua pertuduhan perhubungan seksual dengan seorang kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dan satu pertuduhan serangan tidak senonoh.

Dokumen mahkamah menyatakan budak perempuan itu telah diserang antara 24 Jun dan 16 Ogos tahun ini dan antara waktu tempatan 8 pagi dan 4 petang. Budak lelaki itu dituduh merogol budak perempuan itu dua kali dalam masa berasingan dan bersama seorang lagi budak lelaki berusia 12 tahun apabila dia dikatakan melakukan serangan tidak sopan ke atas budak perempuan itu sebanyak tiga kali. – AP

ARTIKEL YANG SAMA