Rogue One kek...

Rogue One kekal mendominasi carta

LOS ANGELES – Rogue One: A Star Wars Story yang dihasilkan dengan kerjasama gabungan di antara Disney dan Lucasfilm sekali lagi berjaya mengatasi prestasi beberapa filem baru ditayangkan pada minggu ini apabila berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$22 juta hasil daripada tayangan di 4,175 buah lokasi.

Keadaan cuaca bersalji di wilayah timur Amerika Syarikat turut memberi kesan buruk terhadap prestasi kutipan tayangan filem pada minggu ini setelah ia memperlihatkan penurunan sebanyak 15 peratus dan berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$135 juta secara keseluruhan.

“Keadaan cuaca yang teruk jelas menjadi salah satu faktor penghalang kepada kebanyakan orang untuk keluar rumah bagi menonton filem di pawagam sekaligus menjejaskan hasil kutipan filem,” jelas Paul Dergarabedian, Penganalisis Kanan Media di comScore.

Kemenangan ini jelas menjadi satu detik cemerlang buat filem Rogue One: A Star Wars Story apabila berjaya mengekalkan takhta kejuaraannya selama empat minggu berturut-turut.

Secara keseluruhan, filem kelapan dalam francais Star Wars ini telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$477.3 juta secara keseluruhan selama hanya dalam tempoh 24 hari filem ini ditayangkan.

Antara karakter yang ditampilkan dalam filem Rogue One: Star Wars.
Antara karakter yang ditampilkan dalam filem Rogue One: Star Wars.
Hidden Figures mengisahkan mengenai kisah kehidupan sekumpulan wanita yang berbangsa Afrika-Amerika.
Hidden Figures mengisahkan mengenai kisah kehidupan sekumpulan wanita yang berbangsa Afrika-Amerika.
Sing menampilkan banyak karakter menarik yang terdiri daripada pelbagai spesies binatang.
Sing menampilkan banyak karakter menarik yang terdiri daripada pelbagai spesies binatang.

Selain itu, Rogue One juga baru ditayangkan di China dan telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$31 juta pada minggu pertama ia ditayangkan sekali gus menjadikan kutipan yang berjaya dikumpul secara keseluruhan bagi peringkat antarabangsa itu adalah AS$914.4 juta hanya dalam tempoh sebulan.

Hidden Figures, sebuah filem komedi yang berkisarkan kehidupan sekumpulan wanita berbangsa Afrika-Amerika yeng menetap di Amerika pula berjaya menduduki tangga kedua dalam carta box office apabila berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$21.8 juta setelah ditayangkan di 2,471 pawagam.

Pada awalnya, Hidden Figures yang menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$25 juta itu hanya dianggarkan bakal menerima kutipan sekitar AS$16 ke AS$18 juta.

Filem tersebut dibintangi oleh barisan artis terkemuka seperti Taraji P. Henson, Octavia Spencer dan Janelle Monae.

Secara purata, filem Hidden Figures lebih berjaya menarik perhatian penonton yang terdiri daripada kalangan wanita iaitu pada kira-kira 64 peratus jumlah penontonnya.

“Ia jelas merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam dunia perfileman, kutipan filem Hidden Figures merupakan satu pencapaian yang sangat baik,” jelas Paul Dergarabedian.

Kate Beckinsale kembali beraksi melakonkan watak Selene dalam Underworld: Blood Wars.
Kate Beckinsale kembali beraksi melakonkan watak Selene dalam Underworld: Blood Wars.
La La Land merupakan sebuah filem romantik komedi lakonan Ryan Gosling dan Emma Stone.
La La Land merupakan sebuah filem romantik komedi lakonan Ryan Gosling dan Emma Stone.

Dergarabedian juga telah memuji usaha yang telah dilaksanakan oleh Fox di mana mereka bijak mengatur strategi untuk memperluaskan lagi lokasi tayangan filem tersebut sehingga berjaya mengubah kedudukan awal filem tersebut dari posisi ke-17 pada minggu lalu dan terus meningkat ke tangga kedua.

Sing, sebuah filem animasi hasil kerjasama daripada Illumination dan Universal pula menduduki tangga ketiga dengan jumlah kutipan sebanyak AS$19.6 juta.

Secara kesluruhan, filem yang telah ditayangkan di 3,955 juta pawagam itu telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$213.3 juta hanya dalam tempoh 19 hari

Underworld: Blood Wars keluaran Sony yang baru ditayangkan pada minggu ini pula berjaya menduduki tangga keempat apabila ia mengumpulkan kutipan sebanyak AS$13.1 juta setelah ditayangkan di 3,955 buah pawagam.

Sementara La La Land pula berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$10 juta setelah ditayangkan di 1,515 buah pawagam.

Antara filem lain yang baru ditayangkan pada minggu ini adalah A Monster Calls dan Patriots Day.

ARTIKEL YANG SAMA