Rohingya semakin tertekan

YANGON, Myanmar, 12 Feb – Etnik Rohingya di Yangon berkata kerajaan Myanmar semakin mengaitkan anggota minoriti Islam berkenaan di seluruh negara tersebut dengan apa yang disebut oleh para pegawai sebagai ancaman pengganas.

Etnik berkenaan menggambarkan perasaan penindasan dan kebencian yang semakin meningkat. Mereka mengatakan jiran dan rakan-rakan Buddha tiba-tiba lebih bersedia untuk menyatakan secara terbuka perasaan simpati dengan pemusnahan tentera terhadap kampung Rohingya di negeri Rakhine.

Operasi tentera berdarah yang diikuti dengan serangan militan Rohingya pada Ogos telah mendorong hampir 700,000 Rohingya menuju ke kem pelarian di Bangladesh.

Rohingya di Yangon mengatakan kerajaan dan media kini semakin menganggap mereka bukan warganegara, sebaliknya mengelar mereka ‘Bengali’ yang tidak sah.” – AP

Kanak-kanak Muslim Rohingya menunggu untuk menerima bantuan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh. – AP