Roket bawa be...

Roket bawa bekalan berlepas ke angkasa

MIAMI, 19 April – Sebuah roket yang membawa makanan dan bekalan untuk para angkasawan yang tinggal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa berlepas kelmarin dari pelancar NASA.

Kapal kargo Cyprus yang tidak dikendalikan itu, yang terletak elok di atas roket Atlas V, berlepas ketika ruang pelancaran 30 minit yang bermula pada pukul 11:11 pagi dari Cape Canaveral, Florida.

Kapal kargo itu dikendali oleh Orbital ATK dan adalah misi ketujuh syarikat itu ke angkasa lepas sebagai sebahagian dari perjanjian bernilai AS$1.9 bilion dengan NASA untuk membawa bekalan ke pangkalan luar yang berorbit.

Pesawat angkasa lepas itu membawa 7.626 pound bekalan krew, perisian dan eksperimen tentang pertumbuhan makanan dan terapi kanser.

Ia seharusnya tiba di stesen itu pada 22 April, selepas pelabuhkan kapal angkasa lepas Soyuz Rusia pada hari Khamis, yang membawa angkasawan Fyodor Yurchhikhin dan angkasawan Amerika, Jack Fisher.

Pelancaran roket V yang akan membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa bersedia di kompleks 41 di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, kelmarin, di Cape Canaveral, Florida. – AP
Pelancaran roket V yang akan membawa bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa bersedia di kompleks 41 di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, kelmarin, di Cape Canaveral, Florida. – AP

Selepas para angkasawan mengeluarkan barang-barang dari Cygnus, mereka akan mengisinya semula dengan sampah yang akan terbakar bersama-sama pesawat angkasa lepas sebaik masuk semula ke atmosfera Bumi.

Tetapi sebelum misinya tamat, Cygnus akan menghabiskan beberapa jam menjalankan eksperimen automat untuk mengetahui bagaimana tindakan api dalam mikrograviti.

Dikenali sebagai Saffire-III, eksperimen itu adalah yang ketiga dalam siri-siri yang bertujuan menyalakan api berskala besar dalam mikrograviti.

“Ketika berada di angkasa lepas, selepas melakukan perjalanan selamat dari stesen, api dinyalakan dan data dikumpul sebelum memasuki semula atmosfera Bumi,” menurut satu kenyataan dari NASA.