Roket jarak jauh satelit siap untuk dilancarkan

Roket jarak jauh satelit siap untuk dilancarkan

SEOUL, 15 Sept (AFP) – Agensi angkasa lepas Korea Utara sedang membina satelit baru dan mempersiapkannya bagi pelancaran, menurut media kerajaan lewat semalam, dengan sebarang penggunaan roket jarak jauh menunjukkan bahawa kerajaan berahsia itu telah membuat kemajuan memajukan peluru berpandu balistik.

Korea Utara dijangka akan melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh yang dipertingkatkan, yang akan menyalahi sekatan antarabangsa, ketika ia bersiap sedia menyambut ulang tahun pengasasan parti memerintahnya, Parti Pekerja Korea (WPK) pada 10 Oktober.

“Dunia akan dengan jelas melihat siri-siri satelit Songun Korea meluncur ke langit pada waktu dan lokasi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat WPK,” agensi berita KCNA, Korea Utara melaporkan. Songun merujuk kepada dasar ‘ketenteraan terlebih dahulu’ Korea Utara.

Pengarah Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Lepas Korea Utara dipetik sebagai berkata oleh KCNA bahawa agensi itu berada pada ‘fasa terakhir’ memajukan satelit pemerhatian bumi baru.

Korea Utara pada Isnin berkata ia sudah sedia untuk melancarkan satelitnya. – AFP
Korea Utara pada Isnin berkata ia sudah sedia untuk melancarkan satelitnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA