Roket ‘menerangi’ langit malam AS

Roket ‘menerangi’ langit malam AS

LAS VEGAS, 29 Julai – Badan roket China yang meluncur di langit malam di Amerika Syarikat Barat menyerikan media sosial ketika orang ramai berkongsi gambar-gambar dan video berkenaan objek terang itu.

CZ-7 buatan China memasuki semula atmosfera malam Rabu lalu, jurucakap wanita Kawalan Strategik AS, Julie Ziegenhorn mengesahkan.

Pada masa itulah ketika penduduk di Nevada, Utah dan California menggunakan media sosial untuk melaporkan bola api kecil yang meluncur di langit.

Jurugambar Ian Norman mengambil gambar langit malam bersama rakan-rakan di Albama Hills, California, berhampiran timur Sierra Nevada, apabila dia menyaksikan cahaya dan mula merakamkannya, menyangka cahaya itu adalah tahi bintang.

“Aneh sekali melihat sesuatu yang bercahaya,” ujarnya semalam.

“Saya menyangka ia adalah tahi bintang besar, tetapi ia bergerak begitu perlahan. Saya tidak pernah melihat seperti itu.”

Bekas jurutera SpaceX keluar beberapa malam setiap bulan, tetapi itu adalah kemasukan semula pertama yang pernah disaksikannya.

“Itu adalah pengalaman hebat, indah melihat ia meluncur di langit,” kata Norman.

Timur jauh di Utah, Matt Holt berada di luar perpustakaan awam di Provo di tengah kumpulan besar yang sedang bermain “Pokemon Go” apabila dia menyedari cahaya terang beraneka warna. Tidak lama selepas itu, yang lain juga melihatnya.

“Saya tidak tahu apa yang sedang saya lihat kerana saya tidak pernah melihat serpihan ruang angkasa,” kata Holt, seorang pelajar di Universiti Brigham Young. “Ia nampak seperti tahi bintang, tetapi ia bergerak lebih perlahan.”

Holt berkata ia berterusan kira-kira seminit. Dia kemudian mengetahui bahawa cahaya itu adalah roket, tetapi ia adalah misteri pada ketika itu.

“Saya tidak merasa takut. Saya gembira. Saya kagum dengan sains angkasa lepas,” katanya semalam.

Roket dilancarkan 25 Jun dari Pusat Pelancar Satelit Wenchang, China, menurut laman sesawang Aerospace Corp, yang antara lainnya menyediakan perkhidmatan nasihat dan perkembangan-penyelidikan kepada Angkatan Bersenjata Udara AS dan Pejabat Peninjauan Kebangsaan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA