Roket Vega berlepas bersama satelit kesan gelombang graviti

Roket Vega berlepas bersama satelit kesan gelombang graviti

BERLIN, 3 Dis (Reuters) – Sebuah roket Vega yang membawa satelit prototaip Eropah yang dilancarkan ke angkasa lepas pada awal hari ini dengan misi untuk mencari riak di angkasa lepas, satu fenomena yang diramalkan tetapi tidak pernah terbukti oleh ahli fizik Albert Einstein 100 tahun lalu.

Pelancaran tersebut menerangi langit pada waktu malam di tapak pelancaran di Guiana Perancis, utara Garisan Khatulistiwa di Amerika Selatan, sebelum roket hilang di awan, kata Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).

Kapal angkasa lepas Laser Interferometer Space Antenna, atau LISA, akan menghabiskan masa kira-kira enam bulan menguji satu teknik untuk mengesan riak di angkasa lepas dan merentasi masa.

Riak berkenaan, dikenali sebagai gelombang graviti, adalah disebabkan oleh jisim cakerawala besar yang merosakkan ruang angkasa lepas, sama dengan bola boling menggolek di atas trampolin.

“Mengesan gelombang graviti adalah amat sukar. Teknologi tersebut adalah satu kemajuan besar dan teknologi ini berada dalam LISA Pathfinder,” kata Arvind Parmar, ketua Pejabat Sokongan Saintifik ESA pada satu taklimat akhbar.

LISA Pathfinder juga dijangka membuka laluan kepada projek yang lebih besar yang akan menubuhkan sebuah balai cerap di angkasa lepas, pengesan gelombang graviti yang akan menjadi struktur buatan manusia terbesar di dunia.

Misi LISA Pathfinder, yang berharga kira-kira 400 juta euro, akan menghantar kapal angkasa lepas kira-kira 1.5 juta km ke arah matahari dalam tempoh lebih enam minggu, di mana ia akan menduduki orbit yang membetulkannya di antara matahari dan Bumi.

Sebaik sahaja ia didirikan, ia akan mengumpul data selama enam bulan yang diharapkan oleh ahli sains akan mendedahkan gelombang graviti.

ESA menjangka kira-kira 50 orang ahli sainstis akan melawat Pusat Operasi Angkasa Lepas Eropah ESA di Darmstadt, Jerman, pada tahun depan untuk bekerja dengan LISA.

ARTIKEL YANG SAMA