Rokok elektrik mengandungi kimia berbahaya

Rokok elektrik mengandungi kimia berbahaya

WASHINGTON, 9 Dis – Tiga dari empat rokok elektrik didapati menggunakan cecair berperisa yang berkaitan dengan penyakit teruk pernafasan, menurut para penyelidik semalam.

Rokok elektronik adalah peranti berkuasa bateri yang memanaskan cecair yang mengandungi nikotin, yang disedut sama seperti rokok.

Tidak seperti rokok biasa, peranti ini tidak dikawal oleh pihak berkuasa AS, yang membawa kepada kebimbangan kalangan sebilangan pakar bahawa ia mungkin membawa kemudaratan pada kesihatan dan perisa gula-gula dan buah mungkin menarik minat para belia dan meletakkan mereka pada risiko penagihan.

Bagi kajian dalam jurnal Perspektif Kesihatan Persekitaran, para ahli sains di Universiti Harvard telah menguji perisa yang mungkin menarik minat anak-anak muda seperti rasa gula-gula, buah dan kek cawan.

Mereka mendapati 75 peratus contoh yang diuji mengandungi diasetil, yang apabila disedut telah dikaitkan dengan penyakit pernafasan, bronchiolitis obliterans – kadangkala dipanggil ‘popcorn lung’ kerana lebih 10 tahun lalu ia didapati dalam para pekerja yang menyedut perisa mentega tiruan di tempat memproses bertih jagung gelombang mikro.

Dari 7,000 jenis e-rokok berperisa, para penyelidik menguji 15 jenis ‘yang dijual oleh jenama terkemuka bagi kehadiran diasetil, acetoin dan 2,3 pentanedione, dua sebatian berperisa yang disenaraikan sebagai ‘keutamaan tinggi’ kerana ia mungkin membawa bahaya pernafasan di tempat kerja, menurut kajian itu. – AFP