Rokok: Lagi 2 lelaki tempatan didenda

Rokok: Lagi 2 lelaki tempatan didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Muhaimin @ Muhammad Azizul bin Haji Abdul Hamid, 30, didenda $17,000 atau berdepan 17 bulan penjara jika gagal membayar denda atas pertuduhan memiliki 48 karton rokok.

Manakala itu, Ahmad Samhan bin Umar, 32, pula dijatuhi denda $14,000 atau meringkuk di penjara selama 14 bulan jika gagal membayar denda atas dakwaan memiliki 36 karton dan sembilan paket rokok.

pg06_151126__mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, kedua-dua defendan ditahan oleh pegawai pencegah kastam untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah pada 1 Mei 2013.

Pemeriksaan yang dijalankan menemui rokok-rokok tersebut disembunyikan di beberapa bahagian kereta.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Abdul Rahman mengarahkan kesemua rokok itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

ARTIKEL YANG SAMA