Rokok: Lelaki dijatuhi denda $3,200

Rokok: Lelaki dijatuhi denda $3,200

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $3,200 ke atas seorang lelaki penduduk tetap atas kesalahan memiliki sejumlah karton dan paket rokok yang tidak diisytiharkan.

Panjang bin Haji Sarat, 55, didakwa memiliki empat karton dan 45 paket rokok pelbagai jenama di sebuah rumah di RPN Kampung Rimba sekitar jam 4 petang pada 25 Februari 2013.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman juga memerintahkan defendan untuk dipenjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda itu dalam tempoh enam bulan.

Fakta kes menyebut, anggota pencegah kastam membuat pemeriksaan terhadap rumah tersebut dan menemui rokok-rokok itu disimpan di dalam bilik tidur.

Defendan ketika disoal-siasat mengaku telah membeli rokok-rokok itu di Limbang untuk kegunaannya.

ARTIKEL YANG SAMA