Rokok: Lelaki tempatan didenda $17,000

Rokok: Lelaki tempatan didenda $17,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Gara-gara memiliki rokok yang tidak diisytiharkan pada 2012, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $17,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Awang Sabtu bin Haji Lasin, 51, berdepan dakwaan memiliki 51 karton rokok di dalam keretanya pada 10 Oktober 2012 tanpa membayar duti eksais sebanyak $2,150 untuk rokok yang ingin dibawa masuk ke negara ini.

Fakta kes menyebut, defendan ditahan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah ketika pemeriksaan dijalankan dan mendapati rokok-rokok tersebut disembunyikan di beberapa bahagian kereta yang dipandunya.

pg06_151127__mahkamah logo2

Ketika disoal-siasat, defendan mengaku membeli rokok itu di Limbang pada harga RM$5,000.

Defendan dalam rayuannya memohon kepada mahkamah untuk membayar secara ansuran memandangkan dia hanya menerima elaun bulanan dan pendapatan sampingan melalui pekerjaan sebagai nelayan.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengarahkan defendan untuk membayar $500 setiap bulan, bermula hujung Disember ini sehingga habis, dan jika gagal akan berdepan 17 bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA