Rokok seludup di luar pantai Lawas, dirampas

Rokok seludup di luar pantai Lawas, dirampas

LABUAN, 26 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup rokok melalui bot laju di luar pantai Lawas, Sarawak, malam tadi.

Sebuah trak Nissan yang dirancang digunakan untuk mengangkut rokok seludup bernilai RM762,105 itu, juga dirampas dalam kejadian pada 9:45 malam itu, yang disifatkan rampasan terbesar rokok setakat ini tahun ini.

Ketua Penguat kuasa APMM, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata kes itu mencatat rampasan terbesar setakat ini.

“Pasukan kami mengesan bot laju berkenaan bergerak dari perairan Labuan menuju ke Sungai Lawas dan mengikut mereka hingga ke satu jeti haram di Sungai Merapok.

“Beberapa lelaki yang sedang memindahkan sejumlah besar kartun rokok ke sebuah trak kemudian ternampak pasukan APMM lalu terus melarikan diri dengan bot laju bersama-sama pemandu trak itu,” katanya. – Bernama

Rokok yang diseludup dimuatkan dalam lori telah dirampas oleh APMM Labuan malam kelmarin. – Bernama
Rokok yang diseludup dimuatkan dalam lori telah dirampas oleh APMM Labuan malam kelmarin. – Bernama