Rokok seludup: Nasib wanita ditentukan 30 Mei

Rokok seludup: Nasib wanita ditentukan 30 Mei

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Seorang wanita tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas empat pertuduhan memiliki rokok seludup.

Safiah binti Haji Jaidin, 47, dari Kampung Jangsak didakwa memiliki 229 karton rokok pelbagai jenis yang disembunyikan di beberapa bahagian kereta ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 19 Mac 2012 kira-kira jam 12:27 tengah hari.

Untuk pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didapati memiliki 82 karton dan 166 paket rokok pelbagai jenis di gerai sayur-sayuran Kampung Jangsak, masing-masing pada 30 Julai 2013, 10 Julai 2014 dan 13 November 2014.

Pemangku Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 30 Mei untuk menjatuhkan hukuman.

ARTIKEL YANG SAMA