Rokok seludup RM1.4 juta dirampas di Padang Besar

SADAO, 6 Dis – Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah rumah di Padang Besar di sini, dan merampas 791 kotak berisi pelbagai jenis rokok diseludup dari Malaysia yang dianggarkan bernilai 11 juta Baht (RM1.4 juta).

Timbalan Ketua Polis Bahagian ke-9 Wilayah Songkla, Mej Jen Akkapop Prasitwattanachai berkata serbuan dilakukan  anggota polis dan tentera, semalam.

“Serbuan ke atas rumah yang dijadikan gudang simpanan rokok itu dilakukan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat risikan. Rokok seludup itu adalah untuk edaran di selatan Thailand,” katanya kepada media di sini haari ini.

Beliau berkata rampasan rokok itu adalah paling besar pada tahun ini, namun tiada tangkapan dilakukan dalam serbuan itu kerana suspek berjaya melarikan diri sebelum pihak berkuasa tiba. – Bernama

Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah rumah di Padang Besar dan merampas 791 kotak mengandungi pelbagai jenis rokok seludup dari Malaysia dianggarkan bernilai 11 juta Baht atau RM1.4 juta semalam. –Bernama