Rokok: Wanita M’sia didenda $19,000

Rokok: Wanita M’sia didenda $19,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Gara-gara membawa masuk rokok yang diminta oleh rakannya, seorang wanita warga Malaysia dijatuhi denda $19,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Bretyner anak Buah, 39, mengaku bersalah memiliki 34 karton dan enam paket rokok pelbagai jenama yang tidak diisytiharkan, pada 4 Mei 2016 dan 22 karton rokok pada 9 Mei 2016.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan defendan untuk membayar denda hari ini, dan jika gagal akan berdepan 18 bulan penjara.

pg06_160513_mahkamah logo2

Menurut fakta kes, defendan pada 4 Mei ditahan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah di mana pemeriksaan terhadap kereta yang dipandunya menemui rokok-rokok disembunyikan di beberapa bahagian kereta. Pada 9 Mei, pegawai pencegah kastam sekali lagi membuat pemeriksaan ke atas kereta defendan dan menemui sejumlah rokok lagi disembunyikan di beberapa bahagian lain kereta.Ketika disoal-siasat, defendan mengaku bahawa kesemua rokok itu adalah milik rakannya bernama Ah Ling, yang memintanya untuk membawa rokok-rokok itu ke negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA