Rokok: Wanita...

Rokok: Wanita tempatan didenda $3,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seorang wanita tempatan berusia 23 tahun yang berdepan pertuduhan memiliki rokok seludup dijatuhi hukuman denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Nurul Nuney Maslinahyaneh binti Abdullah Chak mengaku bersalah kerana memiliki empat karton rokok ketika ditahan untuk pemeriksaan di kawasan Pos Kawalan Kastam, Kuala Lurah pada 23 Februari 2017 kira-kira jam 8:30 pagi.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain membenarkan defendan membayar secara ansuran bermula bulan ini sehingga habis pembayaran.

Jika gagal, defendan akan dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.

ARTIKEL YANG SAMA