Rollercoaster...

Rollercoaster rosak: 20 terselamat

SYDNEY, 11 Jan – Dua puluh orang anak muda yang mencari keseronokan telah diselamatkan hari ini dari permainan rollercoaster Australia selepas ia mengalami kerosakan, beberapa bulan selepas empat orang terbunuh di sebuah taman tema berhampiran.

Krew kecemasan dipanggil ke Movie World di Gold Coast selepas permainan Arkham Asylum mengalami kerosakan, meskipun tidak seorang pun tercedera.

Perkhidmatan Kecemasan dan Kebakaran Queensland berkata 20 orang terkandas di tempat duduk mereka, 20 meter tinggi dari darat, sesetengah mereka mengalami kepanasan yang melemaskan selama 90 minit.

Pegawai Perkhidmatan Ambulans Queensland Paul Young berkata tidak seorang pun penumpang yang terperangkap, yang kebanyakannya remaja perlukan rawatan perubatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA