Rolls Royce c...

Rolls Royce catat kerugian besar

LONDON, 14 Feb – Pengeluar enjin dari Britain, Rolls Royce mencatatkan satu rekod 4.0 bilion pound dalam kerugian bersih pada tahun 2016 yang dilanda oleh kejatuhan mata wang pound berikutan Brexit dan denda korupsi.

Kerugian selepas cukai, bersamaan dengan AS$5.0 bilion atau 4.8 bilion euro, dibandingkan dengan keuntungan bersih yang nipis pada 84 juta pound dalam tahun kewangan sebelumnya, menurut syarikat itu dalam satu keterangan keputusan, namun menegaskan ia membuat keuntungan asas.

Rolls Royce menerima sejumlah 4.4 bilion pound kerugian daripada kejatuhan nilai mata wang pound dalam pungutan suara mengejutkan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), bersama denda 671 juta pound untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan sogokan.

Syarikat yang didaftar di London itu, di mana enjin-enjinnya digunakan dalam pesawat Airbus dan Boeing, menambah bahawa keuntungan asas sebelum cukai hampir separuh kepada 813 juta pound.

Rolls Royce yang juga membuat sistem-sistem kuasa bagi kegunaan di darat dan laut, menyatakan ia dalam laluan dengan usaha-usaha untuk mengurangkan kos dan menjangka akan satu peningkatan prestasi sederhana dalam 2017.

Roll Royce yang membuat enjin bagi pesawat komersial Airbus dan Boeing. – AFP
Roll Royce yang membuat enjin bagi pesawat komersial Airbus dan Boeing. – AFP

“Tahun 2016 telah menjadi tahun yang penting apabila kami mempercepatkan transformasi Rolls Royce,” kata Ketua Eksekutif, Warren East yang telah memantau penyusunan semula radikal.

“Kami telah membuat kemajuan operasi dan menjalankan mendahului jangkaan kami bagi tahun itu secara keseluruhan.

“Pada masa yang sama, kami telah melakukan beberapa perubahan utama terhadap pengurusan dan proses-proses kami, sementara kami telah melakukan kemajuan baik dalam pengurangan kos dan program-program kecekapan kami, lebih banyak untuk dilakukan bagi memastikan kami memacu peningkatan margin yang mapan dalam perniagaan.”

Kerugian tahunan yang besar itu juga dituruti beberapa tahun yang sukar buat Rolls, yang berdepan beberapa siri amaran keuntungan di belakang permintaan yang lemah pada pasaran aeroangkasa dan marin. Syarikat itu didenda 671 juta pound pada bulan Januari untuk menyelesaikan dakwaan-dakwaan sogokan dan korupsi yang disiasat oleh Pejabat Penipuan Serius Britain dan pihak berkuasa di Brazil dan Amerika Syarikat.

Rolls akan membayar denda itu bagi tempoh lima tahun namun telah mengambil kos penuh sebagai satu caj kemerosotan terhadap keuntungan 2016.

Mata wang pound telah jatuh dengan hampir kepada lima berbanding dolar AS sejak pungutan suara Brexit yang telah diadakan pada 23 Jun 2016. – AFP