Rolls-Royce Dawn dilancar

Rolls-Royce Dawn dilancar

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur melancarkan Rolls-Royce Dawn, dengan reka bentuk Drophead yang mewah, menyasarkan ‘individu muda bernilai bersih tersangat tinggi’.

Pengarah Urusan Datuk Micheal Ong berkata kenderaan dengan empat tempat duduk dan berharga RM4 juta itu bagi memanfaatkan minat daripada kalangan generasi baharu.

“Pasarannya untuk pasaran amat mewah. Kami tidak berhasrat untuk menjual dengan banyak,” katanya kepada pemberita pada pelancaran model tersebut di sini hari ini.

Model Dawn merupakan tambahan kepada rangkaian jenama Rolls-Royce yang ikonik, iaitu Phantom Series II, Ghost Series II dan Wraith, selain menjadi model kedua selepas Rolls-Royce Phantom Drophead Coupe.

Datuk Michael Ong Leng Chun menunjukkan tanda ‘bagus’ semasa memperkenalkan model kenderaan paling menarik daripada Rolls-Royce iaitu ‘Debut Rolls-Royce Dawn’ pertama di Malaysia. – Bernama
Datuk Michael Ong Leng Chun menunjukkan tanda ‘bagus’ semasa memperkenalkan model kenderaan paling menarik daripada Rolls-Royce iaitu ‘Debut Rolls-Royce Dawn’ pertama di Malaysia. – Bernama

“Pelanggan kami turut terdiri golongan muda dan asas pelanggan kami menjadi semakin meluas. Ia juga menjadi antara sebab kami melancarkan kereta seperti Dawn hari ini, menyasarkan usahawan muda,” kata Pengurus Jualan Serantau Rolls-Royce Motor Cars David Kim.

Sebanyak 3,785 unit Rolls-Royce telah dijual pada 2015 di peringkat global.

Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur adalah pengedar tunggal kereta Rolls-Royce di Malaysia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA