Roma bangkit benam Udinese

Roma bangkit benam Udinese

MILAN, 19 Mei – Roma kekal di landasan untuk mendapatkan kelayakan automatik peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Udinese 2-1 di Stadio Olimpico semalam.

Vassilis Torosidis adalah wira perlawanan untuk pasukan Rudi Garcia apabila berjaya menerobos gawang dari jarak dekat pada minit ke-65 selepas pertahanan Udinese tersilap membuat perhitungan terhadap hantaran Radja Nainggolan.

Sebelum itu, pemain muda Croatia Stipe Perica, yang dipinjamkan dari Chelsea, meletakkan pasukan pelawat di hadapan tetapi Nainggolan yang tidak dikawal menyempurnakan hantaran Francesco Totti dari jarak enam meter untuk menyamakan kedudukan.

Roma di tangga kedua dengan baki dua perlawanan, satu mata di depan Lazio, yang menang 1-0 di Sampdoria pada Sabtu terima kasih kepada gol daripada pemain pertahanan Argentina, Santiago Gentiletti.

Tempat ketiga akan meraih slot play-off Liga Juara-Juara musim depan tetapi Napoli juga masih memberikan cabaran jika pasukan Rafa Benitez – tiga mata dari Lazio – bangkit semula selepas tewas separuh akhir LIga Europa kepada Dnipro dan menewaskan Cesena yang sudah diturunkan hari ini.

Sebelum itu, kekalahan 1-0 kepada Palermo menurunkan Cagliari ke divisyen Serie B Itali dengan Genoa dan Torino mencatatkan kemenangan berharga untuk mengekalkan harapan melayakkan diri ke Liga Europa.

Liga Juara-Juara finalis Juventus, yang dinobatkan sebagai juara Itali dua minggu lalu, menang 2-1 di Inter pada Sabtu untuk merosakkan peluang lawan mereka melayakkan diri ke Liga Europa.

Pasukan Roberto Mancini kekal di tangga kelapan, tiga mata di belakang Fiorentina yang akan bermain menentang Parma hari ini. – AFP