Roma diejek walau menang

Roma diejek walau menang

ROM, 10 Dis – Jurulatih Roma, Rudi Garcia meminta para penyokong pasukan agar faham selepas pasukannya diejek ketika mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara dengan keputusan seri tanpa jaringan di laman sendiri menentang BATE Borisov.

Roma mengalu–alukan juara dari Belarus ke Stadio Olimpico yang tahu kekalahan akan menamatkan usaha mereka untuk mara ke fasa kalah mati buat kali pertama sejak kempen 2010-2011.

Dan hanya beberapa usaha menarik penjaga gol Roma, Wojciech Szczesny, salah satu daripadanya adalah percubaan jarak dekat, yang mengekalkan tuan rumah dalam persaingan ketika Aleksandr Yermakovich semakin berani dalam serangan mengejut ketika apa yang dilihat sebagai tekanan yang semakin meningkat dari tuan rumah pada babak kedua.

Roma melakukan 24 percubaan tepat tetapi gagal untuk menggembirakan peminat dengan menjaringkan gol, yang mencetuskan bantahan besar-besaran walaupun selepas mendengar pengumuman yang mengesahkan mereka layak ke fasa kalah mati.

Garcia dari Perancis berada di bawah tekanan berikutan kegagalan pasukannya untuk memenangi dua daripada perlawanan liga dan persaingan hambar dalam Liga Juara–Juara.

Penjaga gol BATE Borisov, Sergei Chernik (kiri) melompat menyelamatkan gawangnya selepas diasak pemain AS Roma dalam aksi Eropah di Rom, semalam. – AFP
Penjaga gol BATE Borisov, Sergei Chernik (kiri) melompat menyelamatkan gawangnya selepas diasak pemain AS Roma dalam aksi Eropah di Rom, semalam. – AFP

Tetapi dia menyalahkan kehambaran Roma kerana beberapa kecederaan dan meminta bersabar ketika kelab menunggu aksi kembali Gervinho, Mohamed Salah, Seydou Keita dan Maicon diantara pemain yang lain.

“Seperti yang saya katakana kepada pemain sebelum perlawanan, jelas kelayakan dalam keadaan ini adalah sukar, kita kehilangan ramai pemain kerana mengalami kecederaan,” kata Garcia.

“Tetapi apabila banyak perkara terjejas, anda masih perlu mencuba dan mencapai objektif dan malam ini kami telah menyelamatkan objektif pertama musim ini untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

“Pusingan 16 terakhir bermula Februari depan dan berharap kami mempunyai sedikit kekuatan di depan apabila pemain yang cedera kembali beraksi.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA