Roma ikat Porto, Monaco benam Villarreal

Roma ikat Porto, Monaco benam Villarreal

PARIS, 18 Ogos – Roma yang beraksi dengan 10 pemain diikat 1-1 di Porto dalam aksi pertama play-off Liga Juara-Juara pagi tadi, sementara Bernando Silva membantu Monaco mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Villarreal di Sepanyol.

Skuad bimbingan Luciano Spalletti yang mahu mengesahkan tempat ke saingan kumpulan untuk musim ketiga berturut-turut, mendahului seawal minit ke-21 di Estadio Dragao apabila pertahanan Porto, Felipe menjaringkan gol sendiri.

Namun, momentum itu tidak bertahan lama dan bertukar empat minit sebelum tamat babak pertama apabila pertahanan Roma, Thomas Vermaelen yang dipinjamkan dari Barcelona, diarahkan keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Kesempatan itu dimanfaatkan Porto yang kembali mengikat perlawanan menerusi penyudah penalti penyerangnya, Andre Silva, 20, sekali gus meninggalkan juara edisi 2004 Roma tugas sukar dalam aksi kedua di Stadio Olimpico, Selasa ini.

Pertahanan AS Roma Thomas Vermaelen (kanan) bersaing untuk mengawal bola dengan midfield Porto Andre Silva pada pusingan pertama play-off Liga Juara-Juara di stadium Dragao, Portugal. – AFP
Pertahanan AS Roma Thomas Vermaelen (kanan) bersaing untuk mengawal bola dengan midfield Porto Andre Silva pada pusingan pertama play-off Liga Juara-Juara di stadium Dragao, Portugal. – AFP

Sementara itu, pertahanan Brazil, Fabinho hanya memerlukan tiga minit untuk meletakkan Monaco di depan menerusi sepakan penalti sebelum Alexandre Pato menyamakan kedudukan pada minit ke-36 dalam penampilan pertamanya bersama Villarreal.

Pemain sayap Portugal, Bernardo Silva yang masuk sebagai pemain simpanan menjaringkan gol kemenangan Monaca pada minit ke-72. Pasukan Leonardo Jardim pula berjaya melengkapkan kemenangan walaupun Benjamin Mendy dibuang padang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA