Roma kalah, Garcia tidak putus asa

Roma kalah, Garcia tidak putus asa

MILAN, 30 Nov (Reuters) – Jurulatih AS Roma, Rudi Garcia berkata beliau tidak nampak sebarang petanda positif dalam kekalahan 2-0 pasukannya ketika menentang Atalanta semalam, tatkala spekulasi semakin meningkat mengenai masa depan warga Perancis berkenaan.

Walaupun pengarah kesukanan Roma, Walter Sabatini berkata jawatan Garcia adalah selamat berikutan perlawanan itu, namun media Itali melaporkan bahawa beliau diberikan sehingga dua perlawanan akan datang untuk terus kekal dengan jawatan yang dipegangnya sejak dua tahun setengah lepas.

“Tidak ada banyak yang boleh kita simpulkan daripada keputusan ini,” kata Garcia selepas prestasi yang suram berikutan kekalahan teruk 6-1 Selasa lepas oleh Barcelona dalam liga Juara-Juara.

“Kami tidak mempunyai sikap yang betul dan membiarkan Atalanta menguasai perlawanan. Kami melakukan banyak kesilapan.”

“Ia minggu yang sungguh mencabar, tetapi skuad ini kini mampu menunjukkan ia berbaloi dalam kemunculan daripada sumpahan yang teruk,” tambahnya.

Pemain Atalanta Denis menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada perlawanan Serie A menentang pasukan AS Roma di Stadium Olimpik, Rom di Itali. – Reuters
Pemain Atalanta Denis menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada perlawanan Serie A menentang pasukan AS Roma di Stadium Olimpik, Rom di Itali. – Reuters

“Saya tidak akan berputus asa, Saya seorang pejuang. Saya marah dan kecewa, tetapi kemarahan itu akan membantu kami untuk melalui tempoh ini. Saya berdiri teguh di belakang para pemain, tetapi kami perlu melakukan yang lebih baik hari ini.”

“Saya mempunyai keyakinan dengan skuad ini dan kami hanya boleh menjawab soalan ini di padang. Kami perlu menutup mulut, bekerja kuat dan menunjukkan sikap rendah hati, berbanding sebelumnya.”

Sabatini mengakui bahawa ia adalah “saat yang dramatik” bagi kelab, yang membuat penyudah sebagai naib juara Serie A pada dua musim penuh sebelum ini.

“Jurulatih menjalankan tugas dengan baik, tetapi masih banyak yang perlu dikemaskinikan di padang,” beliau memberitahu wartawan.

Sebelum perlawanan, Sabatini berkata bahawa keputusan untuk menggantikan penjaga gol Wojciech Szczesny dengan Morgan De Sanctis tiada kaitan dengan sebarang keadaan dan ia merupakan perubahan biasa.

ARTIKEL YANG SAMA