Roma kejutkan Juve, Chievo belasah Lazio

Roma kejutkan Juve, Chievo belasah Lazio

MILAN, 31 Ogos (AFP) – Kekecewaan Juventus berterusan semalam dengan kekalahan 2-1 kepada pesaing AS Roma sementara Chievo pula mengungguli Serie A selepas membenam Lazio 4-0.

Seminggu selepas dikejutkan di laman sendiri oleh Udinese, Juventus yang juga juara Itali dan finalis Liga Juara–Juara, mengalami kekalahan kedua liga berturut–turut pada awal musim buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Jurulatih Massimiliano Allegri meminta agar peminat bersabar ketika beberapa pemain baru, terutamanya Mario Mandzukic yang menggantikan Carlos Tevez berada di kelab itu.

Tetapi pengurus dari Itali berusia 48 tahun itu menggambarkan gergasi Turin, hanya beberapa bulan selepas menamatkan musim dengan kemenangan berganda, belum memberikan fokus sepenuhnya untuk mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut–turut.

Roma yang menduduki tangga kedua dua musim lalu mendahului 2-0 ketika perlawanan berbaki 11 minit menerusi dua pemain Bosnia, Miralem Pjanic dan Edin Dzeko selepas Juventus dikurangkan kepada 10 pemain berikutan penyingkiran Patrice Evra.

Pasukan juara itu, yang berada di tangga ke-17, menjaringkan gol sagu hati, yang pertama dalam musim liga melalui Paulo Dybala pada minit–minit akhir.

Tetapi Roma adalah pasukan dominan sepanjang perlawanan dan layak sepenuhnya menewaskan Juventus dalam liga buat kali pertama sejak Francesco Totti melengkapkan kemenangan 1-0 pada Februari 2013.

Setelah hanya mampu seri 1-1 di Verona minggu lalu, Roma muncul antara pasukan kelompok teratas Serie A yang menghasilkan lebih banyak kejutan.

ARTIKEL YANG SAMA