Roma mulakan rentak

Roma mulakan rentak

MILAN, 23 Ogos (Reuters) – Usaha AS Roma untuk menamatkan penguasaan Juventus ke atas Serie A bermula dengan keadaan yang kurang memuaskan apabila mereka bangkit dari belakang untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 di Verona semalam.

Penjaga gol, Wojciech Szczesny membuat kemunculan cemerlang bagi pasukan pelawat berikutan pinjamannya dari Arsenal, dengan menghasilkan dua penyelamat menarik.

Edin Dzeko dan Mohamed Salah, yang juga dalam pinjaman, meletakkan kemunculan yang menarik dan dirasakan Alessandro Florenzi untuk mendapatkan mata bagi Roma yang menamatkan tangga kedua di belakang Juventus bagi dua musim lalu.

“Dzeko cemerlang pada separuh masa pertama dan berpeluang untuk memenanginya dengan tandukan pada akhir perlawanan,” kata jurulatih Rudi Farcia, yang memulakan musim ketiganya membimbing kelab itu.

“Dzeko dan Salah memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan pasukan itu tetapi mereka sudah melakukannya dengan baik.”

Szczesny menepis sepakan Samuel Souprayen dan kemudian diselamatkan oleh Daniele De Rossi yang menanduk keluar keluar sepakan Bosko Jankovic dari garisan tiga minit sebelum berakhirnya separuh masa pertama.

Penjaga gol dari Poland itu sekali lagi mempamerkan persembahan cemerlangan pada separuh masa kedua untuk menafikan percubaan Emil Hallfredson dan Juanito Gomez.

Szczesny menepis keluar rembatan jarak jauh Hallfredsson dan kemudian meluru ke gawang untuk menepis sepakan Gomez menerusi bola yang melantun.

Jankovic tidak dinafikan, ketika dia melepaskan membawa Verona di depan menerusi hantaran lintang Hallfredsson pada minit ke-61.

Florenzi membalas lima minit kemudian dengan rembatannya yang memerangkap penjaga gol Rafael.

Dzeko membuat tandukan yang melepasi palang pada minit –minit akhir dan Miralem Pjanic dihalang oleh Rafael.