Roma tambat Barcelona

Roma tambat Barcelona

ROM, 17 Sept (AFP) – Jaringan cantik Alessandro Florenzi membolehkan Roma berkongsi mata dengan Barcelona ketika ​​Lionel Messi meraikan penampilan ke-100 Liga Juara-Juara tanpa gol ketika seri 1-1 di Stadio Olimpico semalam.

Roma yang dikuasai oleh juara bertahan itu kelihatan mempunyai peluang besar untuk kalah selepas Luis Suarez muncul di belakang Wojciech Szczesny selepas 21 minit untuk menanduk masuk hantaran Ivan Rakitic.

Tetapi tuan rumah menerima ancaman besar apabila rembatan Florenzi dari garisan tengah gagal ditangkap Marc-Andre ter Stegen melantun terkena tiang dan masuk menerjah gawang.

Barcelona mensia-siakan beberapa peluang menarik tetapi Roma juga kental dengan pertahanan yang kukuh sehingga akhirnya melemahkan pemain Luis Enrique.

“Saya berpuas hati dengan cara kami bermain. Kami mencipta banyak peluang dan apabila lawan anda menutup bahagian benteng, ia bukan mudah,” kata Enrique.

Alessandro Florenzi (kiri) mencabar Gerard Pique untuk menguasai bola dalam aksi Eropah di stadium Olimpik Rom, semalam. – Reuter
Alessandro Florenzi (kiri) mencabar Gerard Pique untuk menguasai bola dalam aksi Eropah di stadium Olimpik Rom, semalam. – Reuter

“Kemenangan memanglah hasil yang lebih baik. Saya tidak mahu mengatakan hasilnya adalah palsu. Kami mencipta banyak peluang dan melakukan segala yang kami lakukan untuk mencuba dan menang, tetapi itulah bola sepak.”

Keputusan seri menentang gergasi Catalan dikira sebagai hasil yang baik, terutamanya selepas Roma dibelasah 7-1 oleh Bayern Munich pada peringkat kumpulan tahun lepas.

Dengan penjaga gol kedua Morgan De Sanctis beraksi cemerlang pada lewat permainan selepas menggantikan Pole Szczesny yang cedera pada permulaan babak kedua, jurulatih Roma Rudi Garcia tetap gembira walaupun meraih hanya satu mata.

“Keputusan impian adalah untuk menang, tetapi kami hampir sempurna,” kata Garcia. “Anda selalu terlepas peluang apabila menentang Barca tetapi para pemain melakukannya dengan baik untuk mematahkan serangan lawan.

“Kita boleh melakukan sedikit lebih baik dengan peluang menjaringkan gol terutama dengan serangan balas kami.

“Ia bukan keputusan yang hebat, tetapi keputusan yang baik untuk memberikan pemain keyakinan pada perlawanan berikutnya.”