Romania rampas bot penghijrah baru di Laut Hitam

MIDIA, Romania, 13 Sept – Pihak berkuasa Romania berkata hari ini mereka telah menyelamatkan lebih 150 penghijrah di Laut Hitam, insiden kelima sejak Ogos di tengah-tengah kebimbangan meningkat bahawa laluan baru penghijrah ke Eropah telah dibuka.

Pihak berkuasa berkata 153 orang termasuk 53 kanak-kanak dan 51 wanita, kebanyakannya dari Iraq, berada dalam kapal itu apabila lautan bertukar berombak di luar pantai timur Romania pada malam dari Selasa hingga hari ini.

“Lautan semakin menjadi tidak tenang dengan ombak setinggi tiga meter (9.8 kaki). Mereka dalam situasi yang sangat berbahaya dan berisiko sama ada lemas atau melihat bot mereka karam,” Cristian Cicu, jurucakap bagi pengawal pantai Constanta memberitahu AFP.

Jurnalis AFP di pelabuhan Midia, Romania menyaksikan ketibaan penghijrah yang kemudian dihantar bagi mendapatkan ujian perubatan sebelum diserahkan ke pihak berkuasa imigresen.

Kapal yang membawa penghijrah memasuki Pelabuhan Midia Romania di pantai Laut Hitam berhampiran bandar Navodari pada 13 September. – AFP

Romania merupakan anggota EU bukan sebahagian daripada blok zon Schengen yang bebas pasport dan sehingga kini telah mengelak jenis kemasukan pelarian dan penghijrah di mana-mana benua beberapa tahun yang lalu.

Namun Bucharest bimbang yang Laut Hitam boleh menjadi satu laluan alternatif bagi penghijrah untuk mencari kehidupan baru di Eropah ketika perjalanan berbahaya merentasi Mediterranean menjadi semakin sukar, bukan saja sejak Libya telah berusaha untuk menyekat badan kebajikan untuk menjalankan misi menyelamat di luar pesisirnya. – AFP