Romania-Sepanyol terikat tanpa jaringan

Romania-Sepanyol terikat tanpa jaringan

CLUJ-NAPOCA (Romania), 28 Mac (AFP) – Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyamai rekod penampilan antarabangsa terbanyak untuk pemain Eropah awal pagi tadi ketika juara dua kali Euro itu seri 0-0 berdepan Romania di Cluj, awal pagi tadi.

Casillas, yang membuat kemunculan pertama bersama pasukan kebangsaan pada Jun 2000, kembali selepas tidak bermain Khamis lalu ketika seri 1-1 di Itali untuk berkedudukan sama dengan bekas pemain tengah Latvia, Vitalijs Astafjevs dengan 166 penampilan.

Pemain tengah Barcelona, Sergi Roberto pula diberikan penampilan pertama Sepanyol ketika Vicente del Bosque melakukan perubahan menyeluruh kepada pasukan yang bermain di Udine tiga hari lalu, berbaki dua bulan sebelum perlawanan pembukaan Euro 2016.

Gerard Pique dan Pedro Rodriguez menguji penjaga gol Romania, Ciprian Tatarusanu pada awal permainan manakala Casillas – yang masih jauh daripada rekod pemain Mesir, Ahmed Hassan dengan 184 penampilan antarabangsa – dua kali menyelamatkan cubaan Nicolae Stanciu.

Jordi Alba (tengah) bersaing dengan Florin Andone (kanan) semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara Romania dan Sepanyol di Cluj Napoca, Romania. – AFP
Jordi Alba (tengah) bersaing dengan Florin Andone (kanan) semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara Romania dan Sepanyol di Cluj Napoca, Romania. – AFP

Pique melakukan cubaan terus kepada Tatarusanu selepas rehat babak pertama selepas menerima hantaran sepakan sudut, namun pertahanan Romania yang hanya melepaskan hanya dua gol dalam 10 perlawanan kelayakan, agak sukar ditembusi.

Romania, yang layak ke pusingan akhir di Perancis sebagai naib juara Kumpulan F, mencapai rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan dengan urutan yang merangkumi lima tanpa jaringan menarik.

Sementara itu Sepanyol kini beralih tumpuan mereka ke arah kejuaraan Eropah ketiga berturut-turut.

ARTIKEL YANG SAMA