Rombongan Aceh kunjungi Masjid Kg Mulaut

Rombongan Aceh kunjungi Masjid Kg Mulaut

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Lebih 100 orang ahli Jawatankuasa Pendidikan Tadika Aceh, Indonesia, kelmarin, telah mengadakan lawatan ke Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampung Mulaut.

Lawatan sempena Sambutan Maulidur Rasul di bawah anjuran kerjasama ahli Jawatankuasa Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Majlis Perundingan Kampung Mulaut dan Muslimah Kampung Mulaut itu merupakan sebahagian daripada lawatan pendidikan dan juga sebagai pengikat dan pengerat tali silaturahim.

Sebelum lawatan, rombongan yang diketuai oleh Dayang Noraini binti Abdul Hamid berkenaan telah menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak sebelum menuju ke Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen untuk menunaikan sembahyang Fardu Isyak.

Rombongan turut memeriahkan lagi Majlis Dikir Maulud yang diketuai oleh imam masjid tersebut, Haji Supri bin Haji Mega bersama penduduk kampung berkenaan.

Rombongan tersebut bergambar ramai semasa kunjungan ke Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Rombongan tersebut bergambar ramai semasa kunjungan ke Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

ARTIKEL YANG SAMA