Rombongan Arab Saudi kunjungi Jabatan Penerangan

Rombongan Arab Saudi kunjungi Jabatan Penerangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Serombongan delegasi seramai 21 orang dari Maktab Turus Markas Tentera Arab Saudi, hari ini telah mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, di sini.

Lawatan rombongan yang diketuai oleh Komander Cawangan Perang dan Maktab Turus berkenaan, Mejar Jeneral (U) Abdullah Saleh Al-Shehri, adalah sebahagian daripada kurikulum kursus Maktab Turus negara berkenaan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri peserta kursus untuk mengkaji dan menganalisis sistem diplomatik, ekonomi, maklumat dan ketenteraan di peringkat strategik.

Ahli-ahli rombongan juga turut mendengarkan taklimat bertajuk ‘Media in Brunei Darussalam’ yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Musa bin Mohidin.

Selain itu, ahli-ahli rombongan juga berkesempatan bagi sesi ramah mesra bersama Pemangku Pengarah Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan dari Jabatan Penerangan. Rombongan dari Arab Saudi itu akan berada di negara ini hingga 13 Januari nanti.

Delegasi Maktab Turus Markas Tentera Arab Saudi semasa mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan, kelmarin.
Delegasi Maktab Turus Markas Tentera Arab Saudi semasa mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA