Rombongan Bahagian Kenaziran lawat Belait

Rombongan Bahagian Kenaziran lawat Belait

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt –Satu rombongan terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI) kelmarin telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di Daerah Belait.

Lawatan kerja ke Sekolah Ugama Merangking, Sekolah Ugama Bukit Sawat, dan Sekolah Rendah Sungai Tali itu diketuai oleh Ketua Bahagian Kenaziran, JPI, Haji Hasbi bin Haji Mohd Suhaily dan ketua-ketua Unit Kenaziran serta pegawai-pegawainya

Lawatan bertujuan mengenal pasti pengurusan dan pentadbiran sekolah berjalan lancar dan sempurna serta berkongsi sama mengenainya dengan guru besar dan pentadbir sekolah.

Rombongan juga menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan tulis dan pakaian sekolah kepada beberapa orang pelajar yang memerlukan sebagai dorongan dan semangat untuk mereka belajar serta mencapai kejayaan.

Gambar ramai bersama murid-murid Sekolah Ugama Merangking.
Gambar ramai bersama murid-murid Sekolah Ugama Merangking.

ARTIKEL YANG SAMA