Rombongan bakal pesara lawat Seria

Rombongan bakal pesara lawat Seria

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 25 Jan – Seramai 57 bakal pesara yang menyertai Kursus Persediaan Persaraan anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) hari ini mengadakan lawatan ke tiga tempat di Mukim Seria.

Rombongan pesara itu yang diketuai oleh Penyelaras Kursus, Haji Noor Husseini bin Haji Mohd Hussein mula-mula melawat Dewan Kemasyarakatan Pekan Seria untuk mengetahui lebih dekat lagi projek Satu Kampung Satu Produk bagi Mukim Seria dan bertemu dengan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Seria. Mereka kemudiannya dibawa ke Pusat Aktiviti di STKRJ Kampung Mumong Kuala Belait untuk bertemu dengan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin yang menerangkan mengenai aktiviti keusahawanan membela ikan di kampung itu.

Tempat terakhir yang dilawati rombongan ialah Kampung Sungai Tali Lumut I untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan aktiviti di sana.

Haji Noor Husseini berharap melalui lawatan itu, ahli rombongan akan dapat belajar berdikari dan menyumbang semula kepada masyarakat dengan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti perkampungan selepas mereka bersara kelak.

Gambar ramai rombongan di salah sebuah tempat yang dilawati.
Gambar ramai rombongan di salah sebuah tempat yang dilawati.

ARTIKEL YANG SAMA