Rombongan belia Korea lawat SM YSHHB

Rombongan belia Korea lawat SM YSHHB

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Delegasi seramai 10 orang belia dari Republik Korea yang sedang menyertai Program Pertukaran Belia Dua Hala di Brunei, hari ini meneruskan program lawatan mereka ke Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB), di sini.

Lawatan rombongan yang turut diiringi oleh beberapa orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan itu dikendalikan oleh Hal Ehwal Pelajar SM YSHHB dengan kerjasama dari pada semua guru dari jabatan lain sekolah berkenaan.

Bertujuan sebagai pendedahan dan memberikan maklumat mengenai maktab dan sekolah di negara ini, rombongan telah dibawa melawat ke ruangan pameran diikuti dengan taklimat pengenalan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi.

Rombongan kemudiannya mendengarkan taklimat mengenai sekolah berserta aktiviti sekolah yang disampaikan oleh Pengetua SM YSHHB, Chong Li Chen.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB.
Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB.
Para belia dari Republik Korea ketika mendengarkan taklimat.
Para belia dari Republik Korea ketika mendengarkan taklimat.

Seterusnya delegasi dibawa melawat ke Makmal Bahasa Inggeris, Makmal Sains dan Bilik Lukisan sebelum membuat persembahan kebudayaan Korea.

Sejurus itu rombongan pula dihiburkan dengan persembahan oleh penuntut-penuntut Sekolah YSHHB.

Lawatan program berkenaan antara lain berobjektif untuk memberi peluang belia-belia peluang untuk berinteraksi bersama-sama penuntut sekolah di negara ini.