Rombongan beraya Kampung Luagan Dudok

Rombongan beraya Kampung Luagan Dudok

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Julai – Sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung, Majlis Perundingan Kampung Luagan Dudok, Mukim Keriam, telah mengadakan majlis kunjung-mengunjungi rumah penduduk kampung yang terpilih, baru-baru ini.

Kira-kira 80 orang anak buah kampung yang terdiri daripada ahli-ahli MPK Luagan Dudok telah menyertai rombongan beraya ke beberapa buah rumah penduduk.

Sebelum memulakan kunjungan raya beramai-ramai itu, rombongan terlebih dahulu berkumpul dan beraya di rumah Ketua Kampung Luagan Dudok, Awang Johari bin Haji Maidin yang seterusnya mengetuai rombongan tersebut.

Menurut kenyataan yang diberikan, acara berkunjung ke rumah-rumah penduduk Kampung Luagan Dudok masih lagi diamalkan dari tahun ke tahun bagi mengekalkan tradisi turun-temurun yang lazim diadakan pada setiap Hari Raya Aidilfitri.

Rombongan MPK Luagan Dudok, Mukim Keriam bergambar ramai semasa berkunjung ke rumah Hajah Norsiah di Kampung Luagan Dudok, Tutong.
Rombongan MPK Luagan Dudok, Mukim Keriam bergambar ramai semasa berkunjung ke rumah Hajah Norsiah di Kampung Luagan Dudok, Tutong.