Rombongan bertadarus di Masjid Sg Teraban

Rombongan bertadarus di Masjid Sg Teraban

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 9 Julai – Rombongan pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan Daerah Belait, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertadarus bersempena bulan Ramadan di Masjid Sungai Teraban, di sini.

Mengetuai rombongan ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib selaku wakil Pegawai Daerah Belait.

Majis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Awang Chuchu.

Penganjuran majlis ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini khususnya bersama jemaah dan penduduk kampung yang dikunjungi dengan mengharapkan balasan pahala dan keberkatan di bulan yang suci ini.

Awang Hasmiron bersama rombongan yang lain di majlis tadarus di Masjid Sungai Teraban.
Awang Hasmiron bersama rombongan yang lain di majlis tadarus di Masjid Sungai Teraban.

ARTIKEL YANG SAMA