Rombongan bertadarus Kem. Kesihatan ke Hospital PMMPMHAMB

Rombongan bertadarus Kem. Kesihatan ke Hospital PMMPMHAMB

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Azaraimy HH

 

TUTONG, 22 Jun – Rombongan Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, meneruskan lagi majlis bertadarus ke hospital-hospital di seluruh negara dengan tumpuan kali ini di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong.

Mengetuai rombongan bertadarus yang diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim warga perkhidmatan hospital berkenaan dan Pusat Kesihatan Daerah Tutong, serta sumbangan kepada pesakit di bawah pengawasan Unit Kebajikan Perubatan Hospital PMMPMHAMB.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan kementerian dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

Yang Berhormat Pehin Haji Adanan mengetuai rombongan bertadarus kementeriannya di Hospital PMMPMHAMB, Tutong.
Yang Berhormat Pehin Haji Adanan mengetuai rombongan bertadarus kementeriannya di Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

Hospital PMMPMHAMB adalah yang kedua dikunjungi rombongan berkenaan selepas mengadakan majlis serupa di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong, baru-baru ini.