Rombongan bertadarus KHEU ke Temburong

Rombongan bertadarus KHEU ke Temburong

TEMBURONG, 21 Jun – Dalam sama-sama menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkat ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengungkayahkan Majlis Bertadarus Al-Quran ke seluruh daerah.

Sehubungan itu, petang kelmarin rombongan KHEU yang diketuai oleh Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof telah berkunjung ke Masjid Kampung Belais Daerah Temburong.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah para pengarah, pegawai kanan dan kakitangan dari KHEU serta penduduk yang tinggal di sekitarnya.

Menurut kenyataan KHEU, aktiviti keagamaan tahunan ini adalah sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid-masjid di negara ini dan dalam sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran serta meningkatkan amal ibadat dalam bulan Ramadan.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz mengetuai rombongan bertadarus KHEU di Masjid Kg Belais.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz mengetuai rombongan bertadarus KHEU di Masjid Kg Belais.

Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan kementerian dengan para jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.

Majlis telah diselajurkan dengan penyampaian sumbangan wakaf warga KHEU berupa mesin pemotong rumput serta beberapa buah buku terbitan Pusat Dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz kepada Masjid Kampung Belais, Daerah Temburong.

Rombongan Bertadarus KHEU seterusnya akan diadakan esok (22 Jun) di Masjid Jamalul Alam, Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA