Rombongan dari Aceh akhiri lawatan ke Brunei

Rombongan dari Aceh akhiri lawatan ke Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seramai 35 orang rombongan dari Majlis Zikir Mujiburrahman Aceh, Indonesia diketuai oleh Majlis Permesyuaratan Ulama Aceh, Tengku Haji Muhammad Hatta mengakhiri lawatan selama lima hari ke Brunei hari ini.

Semasa berada di negara ini, mereka menyertai beberapa aktiviti termasuk lawatan ke beberapa buah masjid dan pejabat-pejabat kerajaan.

Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk meningkatkan silaturahim di antara ahli rombongan dan masyarakat Islam di negara ini serta bertukar-tukar maklumat dalam usaha dan aktiviti dakwah yang dilakukan oleh agensi-agensi di negara ini dan juga melawat tempat-tempat menarik.

pg10_151125_c

Rombongan dari Aceh ketika lawatan ke sebuah masjid di negara ini.
Rombongan dari Aceh ketika lawatan ke sebuah masjid di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA