Rombongan dari Sabah lawat Pusat Al-Islah

Rombongan dari Sabah lawat Pusat Al-Islah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

TUTONG, 9 Jun – Rombongan kira-kira 28 orang dari Klinik Cure and Care 1Malaysia, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Sabah, Malaysia, hari ini, mengadakan lawatan muhibah ke Pusat Al-Islah di sini.

Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Pengarah Cure and Care Rehabilition Centre (CCRC) dan Klinik Cure and Care 1Malaysia, Haji Tugiman Kayun, itu telah dialu-alukan oleh Penolong Pengarah Biro Kawalan Narkotik selaku Komandan Pusat Al-Islah, Awang Zainol Adi bin Haji Ajmain.

Lawatan rombongan berkenaan dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Komandan, Ketua Pegawai Narkotik I, Dayang Siti Norhadinah binti Haji Marsal yang antaranya menjelaskan mengenai pusat berkenaan.

Rombongan kemudian dibawa melawat ke premis pusat sebelum meneruskan perjalanan kunjungan muhibah rasmi ke Miri, Sarawak.

Rombongan dari Sabah bergambar ramai bersama Komandan Pusat Al-Islah ketika lawatan muhibah itu.
Rombongan dari Sabah bergambar ramai bersama Komandan Pusat Al-Islah ketika lawatan muhibah itu.

Lawatan berkenaan merupakan kunjungan balas setelah warga Jawatankuasa Penasihat Pusat Al-Islah, buat kali pertama, membuat kunjungan ke CCRC dan Klinik Cure and Care 1Malaysia di Sabah, pada 7 Mei 2015 yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA