Rombongan IAIN lawat KUPU SB

Rombongan IAIN lawat KUPU SB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini menerima lawatan kerja daripada rombongan Rektor Institusi Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar Indonesia.

Rombongan yang diketuai oleh Rektor IAIN Batusangkar, Dr. Kasmuri Selamat dan juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Kerjasama institusi itu, Dr. Rizal, dialu-alukan oleh oleh Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar; Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha serta pemangku pendaftar KUPU SB, pegawai-pegawai utama KUPU SB dan juga dekan-dekan fakulti serta pengarah-pengarah KUPU SB di Bilik Hikmah, KUPU SB.

Lawatan kerja itu bertujuan untuk mengenal pasti peluang kerjasama di antara pihak KUPU SB dengan pihak IAIN Batusangkar di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Dr. Haji Adanan bersama Dr. Kasmuri Selamat semasa perbincangan lawatan kerja.
Dr. Haji Adanan bersama Dr. Kasmuri Selamat semasa perbincangan lawatan kerja.
Antara warga KUPU SB dan IAIN yang menghadiri pertemuan itu.
Antara warga KUPU SB dan IAIN yang menghadiri pertemuan itu.

Selain itu, awatan juga adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan oleh KUPU SB dan meninjau peluang kerjasama dalam bidang pendidikan agama Islam di antara kedua-dua institusi pendidikan itu.

Lawatan kerja itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dr. Haji Adanan kemudian ucapan balas daripada Dr. Kasmuri Selamat, diikuti dengan taklimat KUPU SB yang telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, KUPU SB, Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

ARTIKEL YANG SAMA