Rombongan ICON IMAD VI kelilingi BSB

Rombongan ICON IMAD VI kelilingi BSB

BANDAR SERI BEGAWAN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Urusetia Jawatankuasa Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (ICON IMAD VI) anjuran bersama UNISSA; Universiti Islam Negeri Gunung Djati Bandung, Indonesia; Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Universiti Prince Songkhla, Thailand, yang berlangsung selama dua hari mulai 20 dan 21 September 2016 telah meneruskan program berikutnya dengan mengadakan lawatan ilmiah ke beberapa lokasi dan persiaran sekitar Bandar Seri Begawan (BSB).

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk para ilmuan berbincang dan bertukar-tukar idea, bahkan mereka juga berpeluang mengenali Negara Brunei Darussalam dengan lebih dekat lagi melalui kebudayaan orang-orang Brunei dan sejarah Brunei.

Para pembentang dan peserta luar negara juga telah berkesempatan mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat antaranya Galeri Alat-Alat Kebesaran Diraja dan Balai Pameran serta Jabatan Mufti Kerajaan.

Rombongan berkesempatan menaiki perahu menyusuri keunikan Kampong Ayer.
Rombongan berkesempatan menaiki perahu menyusuri keunikan Kampong Ayer.
Rombongan bergambar ramai di ruang Galeri Alat-Alat Kebesaran Diraja.
Rombongan bergambar ramai di ruang Galeri Alat-Alat Kebesaran Diraja.

Rombongan juga dalam waktu yang sama telah berkesempatan menikmati keindahan Bandar Seri Begawan dengan menyusuri perairan Kampong Ayer dan meninjau keunikan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien yang terletak ditengah-tengah bandar.

Para pembentang dan peserta seminar ICON IMAD VI yang terdiri daripada para akademik dari Indonesia dan Thailand meluahkan perasaan amat berpuas hati dengan keindahan dan keharmonian yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, serta keramahan masyarakat Brunei dan berharap akan dapat berkunjung lagi ke Negara Brunei Darussalam di masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA