Rombongan Indonesia lawat Sekolah Persediaan Arab

Rombongan Indonesia lawat Sekolah Persediaan Arab

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Rombongan seramai 43 orang Ketua Madrasah Provinsi Sumatera Selatan, Republik Indonesia telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan, pagi tadi.

Rombongan diketuai M.PD.I, Ketua Musyawarah Kerja Kepala Madrasah (MKMM), Provinsi Sumatera Selatan, Dr. H. Ahmad Zainuri dan juga oleh Ketua Pejabat (Menteri) Kementerian Ugama Provinsi Sumatera Selatan, Republik Indonesia, Dr. Andas Hambali bin Abu Bakar.

Ketibaan rombongan ke sekolah berkenaan telah disambut oleh Guru Besarnya, Dayang Sarimah binti Haji Ahmad.

Pada lawatan itu, rombongan berpeluang menyaksikan persembahan ‘Kalam Jamaie’ daripada murid-murid sekolah di Dewan Musala Annor dan kemudian dibawa melawat ke kelas-kelas bagi meninjau pembelajaran murid-murid.

Gambar ramai rombongan semasa lawatan ke sebuah bilik darjah.
Gambar ramai rombongan semasa lawatan ke sebuah bilik darjah.

Dr. Andas Hambali ketika ditemui pihak media, berpendapat bahawa sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam sangat baik dan para pelajar telah dididik dengan ilmu pengetahuan yang amat luas.

“Kami sangat terkesan dengan kehidupan di negara ini terutama sekali dalam perkembangan agama yang sangat sesuai dengan ajaran agama Islam dengan susunan-susunan yang sudah diterapkan oleh raja dan kerajaan di Brunei ini menerapkan sistem agama Islam.”

Dr. Andas Hambali dan rombongan yang lain telah berada di negara ini selama dua hari bermula kelmarin.Lawatan pagi tadi itu bertujuan untuk memperluas wawasan dan pengembangan madrasah bagi ketua-ketua madrasah kawasan Sumatera Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA