Rombongan Institut Kemuda bantu mangsa kebakaran

Rombongan Institut Kemuda bantu mangsa kebakaran

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Rombongan seramai 20 orang yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemuda dan pensyarah dengan kerjasama CIC Environmental Services Sdn Bhd, kelmarin telah mengadakan Majlis Pengagihan Derma Barang Asasi dan Keperluan untuk mangsa kebakaran Kampung Tamoi Ujung yang diadakan di rumah Penghulu Mukim Tamoi.

Mengetuai rombongan Institut Kemuda ialah Pengiran Metassan bin Pengiran Bakar, sementara bagi pihak Kampung Tamoi Ujung ialah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Salleh.

Turut hadir ialah pensyarah dan pelajar Institut Kemuda serta mangsa kebakaran Kampung Tamoi Ujung dan sebahagian daripada penduduk kampung berkenaan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah kemudiannya ucapan alu-aluan daripada Penghulu Mukim Tamoi, dan diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua rombongan Institut Kemuda serta ucapan daripada Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Awang Asri bin Haji Abu Bakar.

Rombongan bergambar ramai bersama penghulu dan penduduk kampung selepas acara berakhir.
Rombongan bergambar ramai bersama penghulu dan penduduk kampung selepas acara berakhir.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan pengagihan derma kepada empat orang keluarga mangsa kebakaran.

Ketika ditemu bual, Pengiran Metassan menyatakan aktiviti ini antara lain bertujuan bagi membentuk dalam diri pelajar untuk menjadi contoh yang baik dalam menjadikan pelajar bersifat dermawan dan membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan dan sifat muhasabah diri.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai di antara ahli-ahli rombongan bersama penghulu, mangsa kebakaran dan para penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA