Rombongan Isteri Naib Presiden India lawat SMARTER

Rombongan Isteri Naib Presiden India lawat SMARTER

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Sebagai sebahagian daripada rangka lawatan ke negara ini, isteri Naib Presiden India, Puan Salma Ansari dan rombongan telah berkunjung ke Pusat Autisme E.D.G.E SMARTER Brunei yang terletak di Jalan Seri Setia Satu, Kampung Perpindahan Mata-Mata, Ga dong, di sini, petang tadi.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman dan isteri, Dayang Nipah binti Haji Moktal bersama warga SMARTER yang lainnya.

Kunjungan dimulakan dengan lawatan ke bilik-bilik darjah yang terdapat di pusat berkenaan sambil beramah mesra bersama guru-guru dan kanak-kanak autisme di sana.

Diikuti dengan menyaksikan persembahan oleh penuntut-penuntut SMARTER Brunei dan kemudiannya penyampaian cenderahati kepada Puan Salma.

Puan Salma ketika menyampaikan sumbangan derma kepada Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah.
Puan Salma ketika menyampaikan sumbangan derma kepada Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah.
Gambar ramai rombongan sebelum mengakhiri lawatan.
Gambar ramai rombongan sebelum mengakhiri lawatan.

Puan Salma Ansari bersama rombongan juga menyampaikan sumbangan derma kepada pusat tersebut.

Sejurus selepas lawatan, Puan Salma Ansari bertolak ke The Empire Hotel and Country Club untuk program kunjungan lawatan rasmi seterusnya ke negara ini.