Rombongan JPM adakan Majlis Tadarus

Rombongan JPM adakan Majlis Tadarus

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Rombongan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah meneruskan lagi Majlis Tadarus sempena bulan Ramadan tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampung Mulaut.

Hadir pada majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa perkakas keperluan masjid iaitu dua unit pembersih hampagas, empat unit water dispenser dan 16 hamparan sejadah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz kepada Imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Haji Khairul Nizam bin Haji Mohd Said.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan bacaan Al-Quran dari Juzuk 16 hingga Juzuk 30. Majlis juga diteruskan dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat sebelum berbuka puasa serta Solat Fardu Maghrib berjemaah.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz (tengah) menyampaikan barangan wakaf kepada Imam Haji Khairul Nizam.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz (tengah) menyampaikan barangan wakaf kepada Imam Haji Khairul Nizam.

Majlis Tadarus dikelolakan bersama oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Bahagian Media dan Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Radio Televisyen Brunei dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Majlis-majlis keagamaan seperti ini akan terus diadakan sepanjang bulan Ramadan bagi sama-sama menghidupkan bulan yang mulia ini dan untuk merebut ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata\ʼala.

Majlis bertadarus JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan diteruskan lagi pada 14 Jun ini di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Manakala majlis kemuncak pula iaitu Majlis Khatam Al-Quran bagi JPM akan diadakan pada 20 Jun ini di Masjid Ash-Shaliheen.

ARTIKEL YANG SAMA